Monday, April 11, 2011

SMKKBSR Berjaya Mengelola Pertandingan Bola Tampar MSSM Daerah P Dickson

6 - 7 April 2011 - Pertandingan Bola Tampar MSSM Daerah Port Dickson telah dilangsungkan dengan jayanya. Pertandingan yang disertai oleh 8 buah sekolah menengah Daerah Port Dickson dan Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat telah menunjukkan kejayaan cemerlang pasukan Lelaki Bawah 15 tahun dan Lelaki Bawah 18 tahun dari SM Agama Telok Kemang. Manakala Pasukan perempuan bawah 15 tahun dan perempuan bawah 18 tahun kekal dimenangi pasukan SMK Kg Baru Si Rusa.

Dengan kejayaan ini SMK Kg Baru Si Rusa mengekalkan rekod kejayaan tahun 2009 dengan kedudukan Johan Perempuan bawah 18 tahun dan perempuan bawah 15 tahun serta Naib Johan pasukan lelaki bawah 18 dan tempat ketiga pasukan lelaki bawah 15 tahun.

Kedua-dua pasukan perempuan telah mencipta rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Keputusan Pertandingan Perempuan Bawah 18 tahun

1. SMKKBSR (2) vs SMK Datuk Abdul Samad (0)
2. SMKKBSR (2) vs SM Agama Telok Kemang (0)
3. SMKKBSR (2) vs SMK Raja Jumaat (1)
4. Separuh Akhir SMKKBSR (2) Vs SM Vokasional Port Dickson (0)
5. Pusingan Akhir SMKKBSR (2) Vs SMK Pasir Panjang (0)

JOHAN PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN

Keputusan Pertandingan Perempuan Bawah 18 tahun

1. SMKKBSR (2) Vs SMK Tanah Merah (0)
2. SMKKBSR (2) Vs SMK Pasir Panjang (0)
3. SMKKBSR (2) Vs SMK Raja Jumaat (0)
3. SMKKBSR (2) Vs SMK Yam Tuan Raden (0)

JOHAN PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN

Pasukan Lelaki Bawah 18 juga mencipta rekod tanpa kalah sebelum menjadi johan kumpulan B, bagaimanapun tewas kepada SM Agama Telok Kemang dengan keputusan 1-2 untuk menjadi Naib Johan manakala pasukan lelaki mencapai Naib Johan kumpulan dan Tempat ke tiga lelaki bawah 15 tahun.

SMK Kg Baru Si Rusa juga telah diamanahkan sebagai Pengelola Pertandingan Bola Tampar MSSM Negeri Sembilan bagi sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Tahun 2011.

Pertandingan akan dilangsungkan di Gelanggang Pusat Paroi pada :

18 dan 19 April 2011 : Sekolah Menengah
20 April 2011 : Sekolah Rendah.

dengan SMKKBSR sebagai ketua kontijen pasukan Daerah Port Dickson.

No comments:

Post a Comment