Sunday, February 20, 2011

Friday, February 18, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Tahun 2011

18/2/2011 (Jumaat) : Kejohanan Balapan dan Padang SMKKBSR Tahun 2011 telah berjaya dilangsungkan. Acara telah dimulakan jam 8.00 pagi dengan pertandingan Perbarisan antara rumah sukan dan perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tn Hj Rani bin Md Som, Pegawai PPD Port Dickson mewakili PPD Port Dickson.

Keputusan

Pertandingan Khemah Ceria : Johan - Rumah Hijau, Naib Johan - Rumah Kuning.

Pertandingan Perbarisan : Johan - Rumah Biru, Naib Johan - Rumah Hijau.

Keseluruhan : Johan - Rumah Kuning, Naib Johan - Rumah Hijau, Ketiga - Rumah Merah dan Keempat - Rumah Biru.

Olahragawan SMKKBSR 2011 : Frenklin (4 pingat emas)


Olahragawati SMKKBSR 2011 : Shahidah Fatra binti Samsor ( 4 pingat emas)








Monday, February 14, 2011

14/2/11 (Isnin) : Saringan Kejohanan Padang dan Balapan


Beberapa acara telah dipertandingkan di peringkat saringan hari ini.

Sunday, February 13, 2011

Friday, February 11, 2011

11.2.11 (Jumaat) : Tazkirah minggu ini



Tazkirah minggu ini : DOA IBU MEMBAWA KE SYURGA OLEH SITI NORHALIZA BINTI NORAZMAN (TINGKATAN 2 CADET).


Bacaan Yassin di ketuai oleh : MUHAMMAD NOOR AL 'AZAMI BIN MUSA (TINGKATAN 2 CADET)




Thursday, February 10, 2011

Info Kepada Semua Murid SMKKBSR dan ibubapa

Lawatan Sambil Belajar Ke PetroSains dan Pusat Sains Negara

Tarikh : 26/3/2011.
Anjuran Persatuan Sains SMKKBSR.
Terbuka kepada semua murid SMKKBSR.
Bayaran Tambang Bas dan tiket masuk RM30.00
Tarikh tutup permohonan : 18/2/2011

Sehingga kini seramai 150 orang murid telah mengambil borang. Dan 50 orang telah mengesahkan penyertaan dengan membayar pendahuluan RM15.00 atau bayaran penuh RM30.00.

Seperti tahun lepas, pihak menganjur menjangka akan menerima penyertaan seramai 160 - 200 orang dan akan menghadkan penyertaan kepada 200 orang sahaja.

Murid yang berminat sila hubungi cikgu Rahman Shah bin Aris.

Wednesday, February 9, 2011

Latihan Acara Balapan Dan Acara Padang Giat Dijalankan

9/2/1011 (Rabu) : Setiap rumah sukan semakin giat menjalankan latihan Acara Balapan dan Acara Padang bagi merebut kejuaraan Acara Sukan tersebut.


Disamping itu setiap rumah sukan juga giat menjalankan latihan perbarisan yang akan dipertandingkan diacara pembukaan Kejohanan Acara Padang dan Balapan yang dijadualkan pada 18/2/2011.


Friday, February 4, 2011

4/2/11 (Jumaat) : Latihan Intensif BolaTampar Hari Ke 2.

Latihan Intensif Bola Tampar diteruskan bagi hari ke 2. Pemain-pemain dilatih kemahiran-kemahiran semasa berada di gelanggang.

Thursday, February 3, 2011

3/2/11 (Khamis) : Latihan Intensif Bola Tampar.





Latihan intensif bola tampar telah diadakan sebagai persediaan menghadapi Pertandingan Bola Tampar MSSM Daerah PD yang dijangka pada awal April 2011. Pasukan bola tampar telah dilatih oleh Ketua Penasihat Bola Tampar SMKKBSR En Rahman Shah bin Aris, En Yazid bin Haron dan dibantu oleh Pn Zaura Md Taib Bekas Pembantu Makmal SMKKBSR dan beberapa orang bekas murid-murid SMKKBSR.



Wednesday, February 2, 2011

2/2/11 (Rabu) : Latihan Sukan Diteruskan

SELAMAT TAHUN BARU CINA







Warga SMK Kampung Baru Si Rusa Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua Guru dan Murid kaum Cina serta seluruh rakyat Kaum Cina.