Thursday, January 13, 2011

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah setahun berlalu blog ini tidak diaktifkan, bertemu kembali di tahun 2011 untuk blog ini cuba diaktifkan sebaik mungkin.

Pertamanya diharapkan belum terlambat buat kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 buat semua.

Tidak lupa diucapkan Selamat Kembali ke SMK Kampung Baru Si Rusa kepada semua guru dan murid dan selamat datang kepada semua guru baru dan murid baru.

Tahun ini SMKKBSR mencipta satu lagi Rekod baru dalam arena pendidikan dengan 9 orang murid mencapai 8A dan 11 orang mencapai 7A 1B di dalam Peperiksaan PMR 2010.

Pencapaian ini amat bermakna buat semua warga SMKKBSR. TANIAH diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya dan tidak lupa kepada guru-guru yang telah bertungkuslumus tanpa jemu membimbing anak didik.

Tahun 2011, SEMOGA TAHUN ini menjanjikan kecemerlangan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment