Friday, January 14, 2011

Laporan Aktiviti Sepanjang Minggu I dan II

***

Rabu (5/1/11) : Kelab Bola Tampar telah memulakan latihan.

** Aktiviti diadakah setiap hari persekolah (jam 3.00 - 4.30 petang) dan Sabtu (8.00 - 11.00 pagi). Semua murid SMKKBSR yang berminat, ahli dan bukan ahli dijemput hadir. Sila hubungi Ketua Guru Penasihat En Rahman Shah bin Aris

Jumaat (7/1/11) : Kelas Tambahan Sains tingkatan 5 Bsetari telah bermula. Kelas tambahan diadakan setiap hari Jumaat.

** Semua murid tingkatan 5 Bestari diminta hadir.

Sabtu (8/1/11) : Kelas Tambahan Matematik tingkatan 5 Bestari telah bermula.

Isnin (10/1/11) : Kelab Memanah telah memulakan latihan.

** Aktiviti diadakan setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Ahli-ahli sila hubungi Ketua Guru Penasihat En Ali b Mohamed.

Rabu (12/1/11) : Mesyuarat agung Kelab Permainan dan Rumah sukan telah diadakan bagi memilih Pengerusi dan AJK.

** Tahniah kepada semua yang terpilih. Semoga anda semua akan menjalankan aktiviti sebaik mungkin.

Khamis (13/1/11) : Mesyuarat Pemimpin Pelajar : Badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Koperator (JK Koperasi Aspirasi) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan.

jumaat (14/1/11) : Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment