Monday, January 31, 2011

1/2/11 (Selasa) :

Aktiviti hari ini :

3.00 - 4.30 petang : Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah. Tempat : PSS
3.00 - 4.30 petang : Latihan Bola Tampar diteruskan.

31/1/11 (Isnin) : Latihan Sukan Bermula

Aktiviti Hari ini

3.00 - 4.30 petang : Latihan Sukan Padang, acara padang dan balapan dimulakan.
3.00 - 4.30 petang : Mesyuarat Jawatankuasa Kelas Rancangan Khas di bilik Gerakan.

Friday, January 28, 2011

Takwim Minggu 5 (31/1/11 - 4/2/11)

31/1/11 (Isnin)- 3.00 ptg - 4.30 ptg : Latihan Sukan - acara padang dan balapan .
1/2/11 (Selasa) - 3.00 ptg - 5.30 ptg : Latihan Bola Tampar diteruskan.
2/2/11 (Rabu) - 2.30 ptg - 4.30 ptg : Latihan Sukan - Acara Padang dan Balapan
3-4/2/2011 : Cuti Tahun Baru Cina.

Guru Bertugas :

En. Rahman Shah bin Aris
Cik Siti Khalijah
Cik Nur Aimi
Cik Che Nurul Akma

Thursday, January 27, 2011

28/1/11 (Jumaat) : Tazkirah Dan Bacaan Yassin Mingguan

Tazkirah minggu ini disampaikan oleh Nasrullah bin Saadon dari Kelas Pendidikan Khas dengan tajuk Logiknya Solat Menurut Sains dan Kelebihan Solat Berjamaah.


Bacaan Yassin dipimpin oleh Mohd Amri dari Tingkatan 5 Bestari.




Tuesday, January 25, 2011

Kejohanan Merentas Desa Tahun 2011

Keputusan Kejohanan


Johan Kategori Perempuan Kelas 1 : Rumah Kuning







Johan Kategori Lelaki Kelas 2 : Rumah Merah








Johan Ketegori Perempuan Kelas 2 : Rumah Kuning








Johan Ketegori Lelaki Kelas 1 : Rumah Hijau









Johan Individu

Perempuan Kelas 2 : Rumah Merah
Perempuan Kelas 1 : Rumah Hijau
Lelaki Kelas 1 : Rumah Hijau
Lelaki Kelas 2 : Rumah Hijau.

Monday, January 24, 2011

Ujian Trek Merentas Desa

24/1/11 (Isnin) : Latihan merentas desa Ujian Trek telah dijalankan jam 8.00 pagi. Sebelum murid-murid memulakan larian, aktiviti memanaskan badan senamrobik telah diadakan dengan dipimpin oleh pasukan Radar (Rakan Anti Dadah) SMKKBSR.















Latihan telah tamat jam 10.00 pagi. Murid-murid meneruskan P&P sehingga jam 4.30 petang.

Friday, January 21, 2011

Takwim Minggu Hadapan

**

24/1/11 (Isnin) : Latihan Merentas Desa - Laluan Trek I : Mulai jam 3.00
25/1/11 (Selasa) : Latihan Merentas Desa - Laluan Trek II : Mulai jam 3.00
26/1/11 (Rabu) : Pertandingan Merentas Desa Peringkat SMK Kg Baru Si Rusa Tahun 2011. Mulai jam 8.00 pagi.

Aturcara :

Perhimpunan dan taklimat.
Senamrobik
Pertandingan Merentas Desa Kategori Lelaki I
Pertandingan Merentas Desa Kategori Perempuan 2
Pertandingan Merentas Desa Kategori Lelaki I
Pertandingan Merentas Desa Kategori Perempuan 2

Pelepasan Peserta oleh Yang DiPertua PIBG SMK Kg Baru Si Rusa, En Baharudin bin Yusof.

21/1/11 (Jumaat) : Tazkirah dan Bacaan Yassin


Program mingguan Tazkirah dan bacaan Yassin.
Tazkirah telah disampaikan oleh Nur Mazlina dari Tingkatan 3 Arif dan Bacaan Yassin dipimpin oleh Ustaz Mohd Fuad.


Wednesday, January 19, 2011

Cuti Hari Thaipusam

Khamis (20/1/11) : Buat penganut agama Hindu, selamat menyambut Thaipusam!

Latihan Merentas Desa Diteruskan, Latihan Bola Sepak dan Ping Pong Bermula

Rabu (19/1/11) : Latihan Kecergasan Fizikal Merentas Desa diteruskan. Pasukan bola sepak dan Ping Pong memulakan latihan jam 4.30 petang. Latihan Bola Tampar diteruskan.

Latihan Merentas Desa Bermula

Selasa (18/1/11) : Latihan merentas desa peringkat SMKKBSR bermula dengan latihan kecergasan fizikal. Semua murid SMKKSR bersama guru berlari mengelilingi padang sekolah sebanyak 20 pusingan. Acara latihan disaksikan oleh PuanPengetua Cemerlang SMKKBSR Puan Hjh Normah binti Md Tahir.

Sunday, January 16, 2011

Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) SMKKBSR tahun 2011

.
17/1/11 (8.00 am) : Perasmian Program telah disempurnakan oleh Pn Reha bt Masngadi (Penolong Kanan Akedemik SMKKBSR).























Murid Pertama meminjam buku Di Perputakaan Tahun 2011
Mohd Khairul Fitri b Nasrulizi (1 Harmoni)












Guru Pertama meminjam buku Pn Sree Devi a/p Lokanathan

Friday, January 14, 2011

Laporan Aktiviti Sepanjang Minggu I dan II

***

Rabu (5/1/11) : Kelab Bola Tampar telah memulakan latihan.

** Aktiviti diadakah setiap hari persekolah (jam 3.00 - 4.30 petang) dan Sabtu (8.00 - 11.00 pagi). Semua murid SMKKBSR yang berminat, ahli dan bukan ahli dijemput hadir. Sila hubungi Ketua Guru Penasihat En Rahman Shah bin Aris

Jumaat (7/1/11) : Kelas Tambahan Sains tingkatan 5 Bsetari telah bermula. Kelas tambahan diadakan setiap hari Jumaat.

** Semua murid tingkatan 5 Bestari diminta hadir.

Sabtu (8/1/11) : Kelas Tambahan Matematik tingkatan 5 Bestari telah bermula.

Isnin (10/1/11) : Kelab Memanah telah memulakan latihan.

** Aktiviti diadakan setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Ahli-ahli sila hubungi Ketua Guru Penasihat En Ali b Mohamed.

Rabu (12/1/11) : Mesyuarat agung Kelab Permainan dan Rumah sukan telah diadakan bagi memilih Pengerusi dan AJK.

** Tahniah kepada semua yang terpilih. Semoga anda semua akan menjalankan aktiviti sebaik mungkin.

Khamis (13/1/11) : Mesyuarat Pemimpin Pelajar : Badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Koperator (JK Koperasi Aspirasi) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan.

jumaat (14/1/11) : Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Thursday, January 13, 2011

14 Januari 2011 - Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan


Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah setahun berlalu blog ini tidak diaktifkan, bertemu kembali di tahun 2011 untuk blog ini cuba diaktifkan sebaik mungkin.

Pertamanya diharapkan belum terlambat buat kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 buat semua.

Tidak lupa diucapkan Selamat Kembali ke SMK Kampung Baru Si Rusa kepada semua guru dan murid dan selamat datang kepada semua guru baru dan murid baru.

Tahun ini SMKKBSR mencipta satu lagi Rekod baru dalam arena pendidikan dengan 9 orang murid mencapai 8A dan 11 orang mencapai 7A 1B di dalam Peperiksaan PMR 2010.

Pencapaian ini amat bermakna buat semua warga SMKKBSR. TANIAH diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya dan tidak lupa kepada guru-guru yang telah bertungkuslumus tanpa jemu membimbing anak didik.

Tahun 2011, SEMOGA TAHUN ini menjanjikan kecemerlangan yang lebih baik.