Sunday, July 19, 2009

Taman Ilmu PPDa



Sempena bulan bahasa yang berlangsung pada bulan Mei yang lalu, bertemakan ‘Bahasa Pembina Bangsa’. Bidang Bahasa telah melancarkan aktiviti tentang dadah seperti pantun, akronim, sajak, karangan, keratan akhbar dan artikel mengenai dadah. Sudut ini menjadi bahan rujukan para pelajar jika ada kerja yang diberi oleh guru. Hasil kerja ini diperolehi daripada penglibatan murid dalam aktiviti yang dianjurkan. Sudut ini diceriakan oleh murid-murid dengan dibantu oleh guru-guru.


Sudut ini merupakan hasil kerja daripada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Geografi, Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Seni. Sudut ini mempamerkan poster, tulisan khat, arca dan pelbagai pendapat daripada murid-murid mengenai dadah. Sudut alatan sukan menggambarkan para pelajar mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, peta minda mengenai dadah juga dibentangkan oleh pelajar mengenai punca pengambilan dadah, kesan dan bahaya Barbiturat, kesan penyalahgunaan dadah terhadap Negara, kesan pengambilan dadah melalui mulut dan faktor pendorong pengambilan dadah.


REPLIKA NAJIS DADAH Replika ini telah dihasilkan oleh Bidang Teknik dan Vokasional. Replika ini merupakan hasil kerja murid semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup dijalankan. Replika ini juga menggambarkan bahawa dadah adalah najis dan sepatutnya ditempatkan di dalam tong sampah. Ia juga menggambarkan betapa jijiknya dadah.



Sudut ini bertemakan ‘How ecstasy affects the body?’. Sudut ini mengetengahkan kesan dadah kepada organ dalaman manusia. Organ tersebut seperti otak, paru-paru, jantung, hati, ginjal dan sistem reproduktif. Di sini juga, mempamerkan hasil kerja murid seperti folio tentang dadah iaitu daun ketum, wanita dan penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kodein, pelbagai inhalan dan pelarut, remaja dan penyalahgunaan dadah.



WE ARE A HAPPY FAMILY mempamerkan gambar para pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa merupakan pelajar yang ceria dan cergas. Gambar ini merupakan rentetan perjalanan sekolah selama lima tahun semenjak sekolah ini dibuka. Bertemakan ‘Kami Ceria Tanpa Dadah’ pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa peroleh pelbagai kejayaan cemerlang dengan berkat usaha yang gigih.

No comments:

Post a Comment