Friday, July 17, 2009

Selamat Datang Ke Laman Blog SMKKBSR


SMK KAMPUNG BARU SI RUSA, PORT DICKSON

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kampung Baru Si Rusa Port Dickson telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 2004. Pada mulanya, sekolah ini telah menumpang di premis Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana selama setahun disebabkan bangunan sekolah yang masih dalam pembinaan. Hanya pada awal tahun iaitu 3.1.2005, warga sekolah telah diarahkan berpindah ke sekolah baru.

Bangunan sekolah yang tersergam indah yang terbina di atas sebidang tanah berkeluasan 14 ekar ini, telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang dibina berasaskan konsep pembinaan 'design and built', Syarikat Jaya Zira Entreprise telah diberi kepercayaan membina sekolah ini. Terdapat 13 blok bangunan dan di antara spesifikasi yang disediakan ialah satu blok bangunan pentadbiran, 5 bilik makmal sains, 2 buah makmal komputer, sebuah klinik, sebuah bilik peperiksaan, sebuah perpustakaan, sebuah bilik muzik, sebuah bilik pengawas, sebuah bilik guru yang ekslusif, 3 blok bilik darjah, sebuah kantin, sebuah surau, 2 blok bengkel Kemahiran Hidup, sebuah dewan besar dan rumah guru.


Terbinanya sekolah ini adalah di atas daya usaha seorang tokoh tempatan iaitu En. Bahrudin b, Hj. Yusof yang begitu prihatin terhadap masalah kepadatan bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah sekitar Port Dickson. Sebagai ketua kampung, Kampong Baru Si Rusa dan Yang DiPertua Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Rendah Sunggala beliau telah bertindak memajukan cadangan memohon pembinaan sekolah daripada kerajaan negeri. Kelulusan yang diterima menyebabkan beliau berusaha lebih jauh dengan mendapatkan tapak untuk pembina sekolah. Setelah terbinanya sekolah ini, beliau telah dilantik sebagai ketua penaja bagi Persatuan PIBG SMK Kampung Baru Si Rusa. Pada Oktober , Mesyuarat Penubuhan PIBG SMK Kampung Baru Si Rusa telah diadakan di Balai Raya Kampung Baru dan sekali lagi beliau telah dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG pertama sekolah ini.


Pentadbiran sekolah pada awalnya telah diterajui oleh seorang 'Care taker' iaitu Pn. St. Ruhana Bt. Ariffin yang bertindak sebagai perancang permulaan sekolah baru. Seterusnya pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah melantik Guru-guru Penolong Kanan untuk memulakan pengurusan sekolah. Jawatan Guru Penolong Kanan Akademik telah disandang oleh Pn. St. Ruhana Binti. Ariffin. GPK Kanan Hal Ehwal Murid ialah Pn. Reha bte Masngadi dan GPK Kokurikulum ialah Tn. Hj. Romeli B. Hassan. Pada 16.8.2004, En. Md. Piah b. Md. Jamin telah mendaftar di sekolah ini sebagai Pengetua SMK Kampung Baru Si Rusa yang pertama. Pentadbiran sekolah turut dibantu oleh 7 orang kakitangan sokongan mulai 2004.

Seramai 27 orang guru telah mendaftar sebagai guru kumpulan pertama mengajar di sekolah ini pada 2004. Jumlah tenaga pengajar telah meningkat kepada 37 orang pada tahun 2005. Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar di sekolah ini pula adalah seramai 360 orang. Bilangan kelas yang dibuka pada tahun 2004 ialah 13 buah kelas iaitu terdiri daripada 1 kelas peralihan, 4 kelas tingkatan 1, 4 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4. Pada tahun 2005, kelas bertambah menjadi 17 buah kelas dengan bermulanya 4 buah kelas tingkatan 3.

SMK KBSR telah melalui era perubahan pentadbiran mulai 2005 . Pada tahun 2005, Pn Hjh Rabiah bt Ramli telah menjadi GPK HEM kedua , Tuan Hj Khidzer b Ahmad telah menggantikan Pengetua pertama pada 2006 dan Pn Reha Masngadi telah menjawat jawatan GPK Kanan pada tahun 2007. Bilangan staf terus meningkat dengan tambahan kelas secara mendadak . Pada tahun 2008 sahaja bilangan kelas telah bertambah sebanyak 35 buah dan bilangan guru seramai 70 orang.

2 comments: