Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 dan Selamat Tahun Baru Masihi 2010

Warga SMK Kg Baru Si Rusa mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pelawat blog SMKKBSR. Semoga tahun yang berlalu membawa makna yang besar kepada kita semua dan tahun baru dilalui dengan azam untuk lebih baik dari tahun lalu.

Warga SMK Kg. Baru Si Rusa Port Dickson meninggalkan Tahun Masihi 1430 dan Tahun Masihi 2009 dengan penuh makna dan menanti tahun 1431H dan 2010M dengan penuh azam dan harapan menggunung. Semoga cita-cita akan dimakbulkan Yang Maha Esa.

Menutup tirai 2010, SMK Kg. Baru Si Rusa melakar sejarah baru dengan peningkatan pelajar semua A dalam PMR dari 2 orang pada tahun 2008 kepada 5 orang pada tahun 2009. Sebagai sekolah baru beroperasi selama 6 tahun dan terletak di Luar Bandar, pencapai 5 orang mendapat semua A amat besar ertinya.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya dalam PMR 2009.

Bagi murid-murid bakal menduduki PMR 2010, jadikan kejayaan ini sebagai pendorong untuk menjadi lebih berjaya.

Guru-guru anda telah mula mengorak kerja dengan mesyuarat dan perancangan kerja tahun 2010 pada 28 - 31 Disember 2010.

Hari ini pendaftaran murid tingkatan 1 telah berjalan dengan jayanya.

Selamat Datang ke SMKKBSR kepada warga baru, murid tingkatan 1.

Tuesday, July 28, 2009

Smoker : Sila lihat video ini



Video ini menunjukkan eksperimen yang dijalankan untuk menunjukkan kandungan tar di dalam rokok. Sebanyak 400 batang rokok telah dibakar satu demi satu di mana setiap batang rokok mengandungi 18g tar.

Bayangkanlah......... Apa terjadi kepada peparu anda setelah 400 batang rokok dihisap.

Monday, July 27, 2009

Selamat Datang Pengetua Baru

Warga SMK KBSR mengucapkan selamat datang kepada Pengetua Baru SMKKBSR, Pn Hajjah Normah binti Md Tahir.




Monday, July 20, 2009

Selamat Datang Ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2009

WARGA SMK KAMPUNG BARU SI RUSA
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG
KE PERTANDINGAN BILIK SUMBER PPDa
PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
21 JULAI 2009







Pautan-pautan Berkaitan Dadah












PENGERTIAN DADAH

JENIS-JENIS DADAH

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

SAYBU DAN KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN [METHAMPHETAMINE] KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952



Undang-undang Malaysia : Akta 316 - Akta dadah berbahaya


Akta dan Undang-undang dadah
Oleh : PEMADAM
http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_akta_1.php


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1154958050966

Sunday, July 19, 2009

Blogger SMK Kampung Baru Si Rusa Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hitam Putih Kehidupan

Tema Bilik Sumber PPDa SMK Kampung Baru Si Rusa



Hitam Putih Kehidupan
Lagu Tema :- Hitam Putih Kehidupan : Datuk Sheila Majid







Melangkah masuk ke dalam bilik sumber PPDa pelawat diberi dua pilihan laluan. Laluan putih atau laluan hitam. Setiap laluan menceritakan jalan hidup dua individu yang berbeza. Laluan hitam dilalui insan bernama Azman dan laluan putih dilalui insan bernama Fatin.

KISAH KEHIDUPAN HITAM AZMAN


Laluan hitam menceritakan jalan yang dilalui oleh seorang insan bernama Azman. Azman seorang remaja yang datang dari keluarga kebanyakan. Sejak lahir Azman dikurniakan dengan akal yang bijak, di sekolah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.

Namun Azman seorang yang sangat ego. Segala nasihat dan teguran yang diberikan kepadanya umpama mencurah air ke daun keladi. Azman lebih gemar bersosial dan melepak bersama sama rakannya berbanding duduk di rumah. Azman sering mengeluarkan kata kata kesat terhadap ibunya kerana ibunya menasihatinya supaya berubah sikap.

Ketika di sekolah, Azman dan rakan-rakannya sering terlibat dengan masalah disiplin yang berat sekolah seperti buli, menghisap rokok, bergaduh dan ponteng. Azman akhirnya telah dibuang sekolah kerana mengalami masalah disiplin yang teruk. Ini menyebabkan Azman lebih terdedah untuk bersosial di luar kerana tidak perlu ke sekolah.

Dari hari ke hari sehingga menjejak ke alam dewasa, Azman sudah mula pergi ke kelab kelab malam dan dia juga sudah berani mengambil pil khayal.
Demi memperoleh wang yang banyak juga, Azman telah memberanikan diri untuk mengedar dadah kerana mendapat hasil pendapatan yang lumayan..

Di kelab malam, Azman cuba memperluas
perniagaannya dengan meminta rakannya mencari ‘buyer’. Selain itu, sasaran Azman juga terhadap remaja yang berumur lingkungan 19-23 tahun kerana ramai antara remaja seperti ini yang bekerja sambilan dan mempunyai wang.

Bagi pelajar universiti juga mereka lebih cenderung untuk mengambil pil ecstacy agar
boleh belajar dua hingga tiga malam berturut turut. Namun,sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga. Azman sudah lama diperhatikan oleh pihak polis disebabkan kegiatannya.

Pada suatu hari, Azman telah ditangkap oleh pihak polis kerana kecuaiannya sendiri. Dia sedang membawa dadah jenis heroin di sebuah lorong gelap untuk diedarkan kepada mat pit dan pada ketika itulah beliau diserbu oleh pihak polis. Azman dibawa ke
muka pengadilan dan akhirnya dituduh dibawah akta 39B atas kesalahan membawa dadah jenis heroin sebanyak 38 gram. Azman telah dikenakan hukuman gantung sampai mati…………



KISAH KEHIDUPAN PUTIH FATIN

Laluan putih menceritakan jalan yang dilalui oleh seorang insan yang bernama Fatin. Fatin seorang remaja yang datang dari keluarga yang susah. Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun dia miskin dengan harta benda dan kemewahan tetapi dia kaya dengan budi bahasa dan semangat yang tinggi untuk berjaya.

Di sekolah, dia sering menjadi pendorong kepada rakan-rakannya untuk berjaya. Dia sering menasihati rakan-rakannya agar tidak terjebak dengan gejala negatif seperti gangsterisme, buli, merokok, melepak dan sebagainya. Fatin juga aktif dalam bidang sukan, kokurikulum dan akademik. Dengan melibatkan dirinya dalam pelbagai aktiviti berfaedah seperti bersukan dan sebagainya. Dia tidak terjebak dengan pelbagai gejala negatif yang sedang berleluasa dalam kalangan remaja.

Salah satu faktor yang dia ingat sehingga ke hari ini ialah nasihat daripada guru-guru dan rakan-rakannya ialah jangan lupa berdoa kepada Tuhan. Dia sentiasa berdoa dan memohon agar memperolehi kejayaan satu hari nanti agar dapat mengubah kehidupan dirinya dan keluarganya juga.

Akhirnya Fatin telah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM dengan mendapat 10A1 dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran. Segala penat lelah yang ditempuhnya selama bertahun-tahun membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan segulung ijazah dan membuka sebuah klinik di atas usahanya sendiri. Fatin juga mengakhiri hayatnya tetapi dengan penuh kegembiraan.


Di penghujung laluan kedua-dua insan sama-sama menghadapi akhir hayat iaitu kematian. Murid-murid boleh membuat boleh membuat pilihan di akhir hayat hendak memilih laluan hitam atau laluan putih. Laluan hitam seperti dijalani oleh Azman yang mati ditali gantung atau laluan putih seperti dijalani Fatin yang mati dalam kegembiraan.






AlLah SWT. Berfirman


“ Janganlan kamu mencampakkan diri kamu dalam bahaya kebinasaan” Surah Al-Baqarah.

Taman Ilmu PPDa



Sempena bulan bahasa yang berlangsung pada bulan Mei yang lalu, bertemakan ‘Bahasa Pembina Bangsa’. Bidang Bahasa telah melancarkan aktiviti tentang dadah seperti pantun, akronim, sajak, karangan, keratan akhbar dan artikel mengenai dadah. Sudut ini menjadi bahan rujukan para pelajar jika ada kerja yang diberi oleh guru. Hasil kerja ini diperolehi daripada penglibatan murid dalam aktiviti yang dianjurkan. Sudut ini diceriakan oleh murid-murid dengan dibantu oleh guru-guru.


Sudut ini merupakan hasil kerja daripada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Geografi, Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Seni. Sudut ini mempamerkan poster, tulisan khat, arca dan pelbagai pendapat daripada murid-murid mengenai dadah. Sudut alatan sukan menggambarkan para pelajar mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, peta minda mengenai dadah juga dibentangkan oleh pelajar mengenai punca pengambilan dadah, kesan dan bahaya Barbiturat, kesan penyalahgunaan dadah terhadap Negara, kesan pengambilan dadah melalui mulut dan faktor pendorong pengambilan dadah.


REPLIKA NAJIS DADAH Replika ini telah dihasilkan oleh Bidang Teknik dan Vokasional. Replika ini merupakan hasil kerja murid semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup dijalankan. Replika ini juga menggambarkan bahawa dadah adalah najis dan sepatutnya ditempatkan di dalam tong sampah. Ia juga menggambarkan betapa jijiknya dadah.



Sudut ini bertemakan ‘How ecstasy affects the body?’. Sudut ini mengetengahkan kesan dadah kepada organ dalaman manusia. Organ tersebut seperti otak, paru-paru, jantung, hati, ginjal dan sistem reproduktif. Di sini juga, mempamerkan hasil kerja murid seperti folio tentang dadah iaitu daun ketum, wanita dan penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kodein, pelbagai inhalan dan pelarut, remaja dan penyalahgunaan dadah.



WE ARE A HAPPY FAMILY mempamerkan gambar para pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa merupakan pelajar yang ceria dan cergas. Gambar ini merupakan rentetan perjalanan sekolah selama lima tahun semenjak sekolah ini dibuka. Bertemakan ‘Kami Ceria Tanpa Dadah’ pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa peroleh pelbagai kejayaan cemerlang dengan berkat usaha yang gigih.

Bilik Sumber PPDa SMK Kampung Baru Si Rusa (2)



































Bilik Sumber PPDa SMK Kg Baru Si Rusa



Sejarah Penubuhan Bilik Sumber PPDa

Tahun 2005 - 2006
Bilik ini asalnya merupakan Bilik Kaunseling

Tahun 2007
Bilik ini diubah kepada Bilik Kesihatan

Tahun 2008
Bilik ini dibuka kepada pelajar untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti ceramah, motivasi dan sebagainya

Tahun 2009
Bilik ini di jadikan sebagai Bilik PPDa iaitu apabila tertubuhnya Jawatankuasa PPDa sekolah.


Matlamat

Untuk membentuk pelajar khasnya dan masyarakat sekolah amnya mengetahui dan enyedari tentang bahaya dadah dan berupaya membina ketahanan diri yang mantap daripada dipengaruhi DADAH.

Rasional

Sebagai pemangkin bagi pihak sekolah menyebarkan maklumat PPDa secara interaktif. Sistematik dan ekfektif serta dapat memberi pendidikan pencegahan awal.MatlamatDiwujudkan untuk membentuk pelajar khasnya dan masyarakat sekolah amnya mengetahui dan menyedari tentang bahaya dadah dan berupaya membina ketahanan diri yang mantap daripada dipengaruhi DADAH.

Objektif

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPDa dalam kalangan murid secara sistematik dan berkesan.Menjadikan bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan Program PPDa di sekolah.Menjadi tempat intreraksi murid-murid dalam usaha membang

Bahan-bahan Disediakan


Carta