Sunday, August 18, 2013

Monday, August 12, 2013

Warga SMK Kampung Baru Si Rusa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir batin.

Peperiksaan Percubaan PMR telah selesai diadakan berakhir pada 1 Ogos 2013. Program gempur PMR akan bermula pada 20 Ogos 2013 (Hari Selasa). Harap maklum kepada semua guru tingkatan 3 dan harap semua pelajar tingkatan 3 bersedia untuk program tersebut. Jadual waktu program akan diedarkan pada hari Isnin - 19 ogos 2013.

Ibu bapa boleh mengekses keputusan percubaan PMR anak melalui laman web http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/  (sila masukan no. kad pengenalan anak, jenis sekolah (rendah atau menengah) dan tahun (2013)).

Peperiksaan Percubaan SPM akan bermula pada 26 Ogos 2013 (Hari Isnin). Harap perhatian daripada semua ibu bapa dan pelajar tingkatan 5. Program gempur SPM akan bermula sebaik keputusan percubaan SPM diperolehi.



Sunday, January 13, 2013

 
SESI PERSEKOLAHAN 2013 BERMULA
 

Monday, April 11, 2011

SMKKBSR Berjaya Mengelola Pertandingan Bola Tampar MSSM Daerah P Dickson

6 - 7 April 2011 - Pertandingan Bola Tampar MSSM Daerah Port Dickson telah dilangsungkan dengan jayanya. Pertandingan yang disertai oleh 8 buah sekolah menengah Daerah Port Dickson dan Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat telah menunjukkan kejayaan cemerlang pasukan Lelaki Bawah 15 tahun dan Lelaki Bawah 18 tahun dari SM Agama Telok Kemang. Manakala Pasukan perempuan bawah 15 tahun dan perempuan bawah 18 tahun kekal dimenangi pasukan SMK Kg Baru Si Rusa.

Dengan kejayaan ini SMK Kg Baru Si Rusa mengekalkan rekod kejayaan tahun 2009 dengan kedudukan Johan Perempuan bawah 18 tahun dan perempuan bawah 15 tahun serta Naib Johan pasukan lelaki bawah 18 dan tempat ketiga pasukan lelaki bawah 15 tahun.

Kedua-dua pasukan perempuan telah mencipta rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Keputusan Pertandingan Perempuan Bawah 18 tahun

1. SMKKBSR (2) vs SMK Datuk Abdul Samad (0)
2. SMKKBSR (2) vs SM Agama Telok Kemang (0)
3. SMKKBSR (2) vs SMK Raja Jumaat (1)
4. Separuh Akhir SMKKBSR (2) Vs SM Vokasional Port Dickson (0)
5. Pusingan Akhir SMKKBSR (2) Vs SMK Pasir Panjang (0)

JOHAN PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN

Keputusan Pertandingan Perempuan Bawah 18 tahun

1. SMKKBSR (2) Vs SMK Tanah Merah (0)
2. SMKKBSR (2) Vs SMK Pasir Panjang (0)
3. SMKKBSR (2) Vs SMK Raja Jumaat (0)
3. SMKKBSR (2) Vs SMK Yam Tuan Raden (0)

JOHAN PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN

Pasukan Lelaki Bawah 18 juga mencipta rekod tanpa kalah sebelum menjadi johan kumpulan B, bagaimanapun tewas kepada SM Agama Telok Kemang dengan keputusan 1-2 untuk menjadi Naib Johan manakala pasukan lelaki mencapai Naib Johan kumpulan dan Tempat ke tiga lelaki bawah 15 tahun.

SMK Kg Baru Si Rusa juga telah diamanahkan sebagai Pengelola Pertandingan Bola Tampar MSSM Negeri Sembilan bagi sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Tahun 2011.

Pertandingan akan dilangsungkan di Gelanggang Pusat Paroi pada :

18 dan 19 April 2011 : Sekolah Menengah
20 April 2011 : Sekolah Rendah.

dengan SMKKBSR sebagai ketua kontijen pasukan Daerah Port Dickson.

Monday, March 28, 2011

Pelancaran Kempen Antidadah

28/3/11 : Pelancaran Kempen anti dadah telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMKKBSR di Dewan Bistari.

Saturday, March 26, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke KL

26/3/2011 : Persatuan Sains SMKKBSR telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke KL. Peserta lawatan telah dibawa ke Pusat Sains Negara, Taman Tasek Titiwangsa, Petrosains KLCC, Planetarium KL dan Pusat Beli Belah The Mines.

Seramai 200 orang murid telah menyertai siri lawatan yang diadakan setiap tahun ini menaiki 5 buah bas dengan diiringi oleh 10 orang guru.